Friday, March 27, 2009

Agarwood AgroTech on Facebook!

http://www.facebook.com/group.php?gid=50283682155

Check it out!

Apa yang kami tawarkan?


+Benih pokok pada harga yang berpatutan. Harga boleh dirunding jika anda membeli dengan kuantiti yang banyak

+ Baja organik yang sesuai dan efektif untuk pertumbuhan dan pembesaran pokok anda. Ia juga efektif untuk menyuburkan tanah yang kekurangan nutrient dan mineral kerana pengunaan baja kimia yang berpanjangan sebelum ini

+ Perladangan integrasi yang efektif dan memberi kadar jaminan yang tinggi untuk kejayaan

+ Khidmat nasihat dan perundingan yang bermula sebelum penanaman anda sehingga tamat tempoh penuaian. Ini termasuk teknik penanaman, penjagaan dan juga pada perladangan integrasi yang sesuai untuk anda


+ Rawatan/inokulasi pokok selepas tempoh matang. Kami menggunakan teknologi sendiri dan kepada anda yang membeli anak pokok dari kami, jaminan diberi yang kami akan kembali melawat ladang anda untuk proses rawatan

+ Perkilangan dan penyulingan untuk mengesktrak minyak Gaharu. Kami tidak menghantar pada syarikat lain yang mungkin membeli kayu pada harga yang rendah atau mengenakan harga servis yang tinggi menjadikan pulangan anda berkurangan

+ Penjualan produk (minyak dan kayu) pada pembeli yang memberikan harga yang terbaik untuk anda

+ Penyelidikan bersama FRIM, UiTM dan USM untuk mendapatkan maklumat dan hasil yang terbaik

Setiap langkah yang kami ambil adalah terancang dan mempunyai objektif mendapatkan pulangan maksima untuk anda. Oh, maklumat penting yang hampir dilupakan :

Kami menawarkan usahasama (joint venture) dimana anda hanya perlu membeli anak pokok dari kami, tanam di ladang anda, beri penjagaan yang rapi untuk sepanjang tempoh penanaman dan rawatan. Dalam usahasama ini anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk rawatan, penyulingan dan penjualan. Kami akan tanggung kesemua kos ini dahulu untuk anda. Bila produk sudah dijual, hasil akan dibahagikan dengan menolak kos yang kami tanggung untuk anda bermula dengan 70% (untuk kami) dan 30% (untuk anda). Kerana proses rawatan adalah suatu servis, kemudahan untuk kami bekerja akan menurunkan kos bermakna ia mungkin lebih dari 30% untuk anda.

Secara keseluruhan, 30% selepas 7 tahun memberi pulangan hampir 900% untuk pelaburan anda dan lebih dari pembelian semula (buyback contract) pada harga RM 1,000 yang ditawarkan selepas 10-15 tahun.

Apa yang diperlukan sebagai permulaan?

+ Tanah seluas 1 ekar – pada jarak 10 kaki antara pokok, 400 pokok Aquilaria boleh ditanam. Tiada masalah jika tanah anda kurang dari 1 ekar, ini adalah anggaran. Dengan 1 ekar, 1000 pokok juga boleh ditanam pada jarak yang lebih dekat tapi untuk anggaran ini kita usahakan dengan 400 pokok

+ Baja – sekurang-kurangnya 100g untuk setiap pokok sebagai permulaan. Kami juga menjual baja organik (zeolite) yang efektif untuk pertumbuhan pokok Aquilaria, dan juga pokok-pokok lain ;)

+ Ini keperluan yang paling penting : minat dan usaha – tanpa kedua-dua ini, segala perancangan tidak akan sampai kemana. Inilah perbezaan antara Sir Richard Branson dan John Smith. Who’s John Smith?

Jarak 10 kaki antara pokok bukan untuk pokok anda tumbuh hingga umur 200 tahun tetapi jika anda boleh menunggu, silakan. Jarak ini adalah untuk anda mengusahakan tanaman selingan. Seperti yang kami nyatakan dalam artikel ‘Apa itu Aquilaria?’, usia matang pokok ini adalah 5 tahun dengan diameter 8 inci. Kami tekankan maklumat diameter kerana mengikut penjagaan yang anda jalankan, diameter ini mungkin boleh dicapai pada usia yang lebih muda, atau lebih tua. Usaha kami untuk merawat (inokulasi) mengambil masa 2 tahun. Ini bermakna tempoh pelaburan sebelum anda mendapat pulangan ialah 7 tahun.

Tanaman selingan seperti pisang, jagung, limau, cili adalah untuk pelaburan jangka pendek anda (cash crops). Pisang membuahkan hasil 2 kali setahun, jagung setiap 1-4 bulan, limau berbuah berpanjangan seperti cili. Selain dari fungsi cash crop, tanaman selingan mempunyai fungsi-fungsi lain.

Contohnya seperti pisang di mana ia member teduhan pada anak pokok yang baru ditanam dan juga tanah, menambahkan kelembapan supaya anda tidak perlu membayar berlebihan kepada Jabatan Bekalan Air. Serat batang pisang juga merupakan makanan untuk cacing, pengusaha baja percuma anda dan juga melonggarkan tanah.

Apa itu Aquilaria?

Aquilaria adalah spesis dari keluarga Thymelaeaceae yang berasal dari kawasan antara India dan Papua New Guinea kerana iklimnya yang sesuai. Terdapat lebih banyak sub-spesis yang diketahui tetapi bukan kesemuanya dapat menghasilkan Gaharu. Terdapat juga spesis yang bukan dari Aquilaria yang boleh menghasilkan Gaharu seperti Gyrinops.

Di Malaysia sahaja, terdapat A. Malaccensis, A. Beccariana, A. Hirta dan A. Microcarpa yang dikenali dengan pelbagai nama tempatan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Aquilaria


Setiap sub-spesis mempunyai sifat-sifat yang berlainan seperti kadar pertumbuhan, kuantiti dan kualiti Gaharu yang dihasilkan, habitat asal pertumbuhan dan lain-lain. Spesis ini mempunyai kadar jangka hayat yang lama. Ini menjadikan Gaharu sebagai pelaburan jangka masa panjang, jika bukan untuk anda, untuk generasi yang akan datang. Pokok yang matang berumur lebih kurang 5 tahun dan mempunyai diameter 8 inci.

Apa itu Gaharu?

Minyak Gaharu adalah resin yang mempunyai aroma dan khasiat tersendiri yang datang dari pokok depu, karas, candan atau cendana antara nama-nama lain yang diketahui. Pokok-pokok ini kebanyakannya adalah dari spesis Aquilaria.

http://en.wikipedia.org/wiki/Agarwood


Pokok-pokok ini dikategorikan dibawah Medicinal and Aromatic Plants (MAP) kerana pelbagai kegunaannya dalam industry pewangi, kosmetik, penjagaan diri dan perubatan.

Produk Gaharu boleh mencapai harga yang tinggi kerana tiada bahan sintetik yang dapat meniru sifat-sifat semulajadinya seperti bau dan juga khasiat yang terkandung. Permintaan yang tinggi juga menjadi faktor utama dalam penilaian Gaharu.

Komponen yang terkandung di dalam minyak Gaharu dilaporkan boleh menyihatkan badan anda, menghilangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, melegakan sakit perut, menghilangkan rasa lesu, anti-cancer, kegunaan mandian untuk kesihatan kulit, rambut dan juga pernah dikatakan pada saya yang ia lebih efektif dari Tongkat Ali.

Anda perlu tahu yang pokok Aquilaria tidak mempunyai nilai balak, tidak boleh dijadikan perabot atau bahan binaan. Kayu gaharu hanya bernilai jika mengandungi resin.

It moves from worthless to priceless

Wednesday, March 11, 2009

Selamat datang! Welcome!

Terima kasih kerana sudi melihat blog kami. Anda juga boleh melawat website kami di www.agarwoodagrotech.com