Friday, March 27, 2009

Apa yang diperlukan sebagai permulaan?

+ Tanah seluas 1 ekar – pada jarak 10 kaki antara pokok, 400 pokok Aquilaria boleh ditanam. Tiada masalah jika tanah anda kurang dari 1 ekar, ini adalah anggaran. Dengan 1 ekar, 1000 pokok juga boleh ditanam pada jarak yang lebih dekat tapi untuk anggaran ini kita usahakan dengan 400 pokok

+ Baja – sekurang-kurangnya 100g untuk setiap pokok sebagai permulaan. Kami juga menjual baja organik (zeolite) yang efektif untuk pertumbuhan pokok Aquilaria, dan juga pokok-pokok lain ;)

+ Ini keperluan yang paling penting : minat dan usaha – tanpa kedua-dua ini, segala perancangan tidak akan sampai kemana. Inilah perbezaan antara Sir Richard Branson dan John Smith. Who’s John Smith?

Jarak 10 kaki antara pokok bukan untuk pokok anda tumbuh hingga umur 200 tahun tetapi jika anda boleh menunggu, silakan. Jarak ini adalah untuk anda mengusahakan tanaman selingan. Seperti yang kami nyatakan dalam artikel ‘Apa itu Aquilaria?’, usia matang pokok ini adalah 5 tahun dengan diameter 8 inci. Kami tekankan maklumat diameter kerana mengikut penjagaan yang anda jalankan, diameter ini mungkin boleh dicapai pada usia yang lebih muda, atau lebih tua. Usaha kami untuk merawat (inokulasi) mengambil masa 2 tahun. Ini bermakna tempoh pelaburan sebelum anda mendapat pulangan ialah 7 tahun.

Tanaman selingan seperti pisang, jagung, limau, cili adalah untuk pelaburan jangka pendek anda (cash crops). Pisang membuahkan hasil 2 kali setahun, jagung setiap 1-4 bulan, limau berbuah berpanjangan seperti cili. Selain dari fungsi cash crop, tanaman selingan mempunyai fungsi-fungsi lain.

Contohnya seperti pisang di mana ia member teduhan pada anak pokok yang baru ditanam dan juga tanah, menambahkan kelembapan supaya anda tidak perlu membayar berlebihan kepada Jabatan Bekalan Air. Serat batang pisang juga merupakan makanan untuk cacing, pengusaha baja percuma anda dan juga melonggarkan tanah.

No comments:

Post a Comment