Tuesday, October 20, 2009

Tapak semaian dan masalah kebiasaan

Penjagaan tapak semaian bukanlah satu isu yang boleh dipertikaikan. Terdapat beberapa masalah yang akan timbul. Akan ada anak pokok yang kelihatan layu, patah dan malah akan ada yang mati. Tetapi untuk kebanyakan masalah ini, terdapat penyelesaian yang sebenarnya mudah tetapi mentaliti bahawa anak pokok yang berasal dari hutan ini boleh hidup tanpa penjagaan rapi.



Isu-isu yang biasa timbul :

1. Anak pokok patah di batang
Ini biasa terjadi dalam pengangkutan, lagi-lagi jika dihantar dalam kuantiti yang banyak kerana tindihan. Anak pokok yang patah tidak semestinya akan mati. Di tapak kami juga ini merupakan isu yang biasa. Jika diasingkan dan dijaga dengan baik, InsyaAllah tunas baru akan mula bercambah dan proses pemulihan sudah pun bermula.



2. Anak pokok tercabut dari polybag
Masalah ini biasanya datang dari tanah yang longgar atau tidak mencukupi. Kebiasaannya memang anak pokok akan hidup tetapi apabila pemindahan dijalankan, polybag yang berat dengan tanah akan lucut dari genggaman akar. Ada keadaan di mana anak pokok masih boleh diselamatkan jika disemai semula di dalam polybag atau terus ke tanah. Seperti yang pernah di sebut sebelum ini, gangguan pada akar boleh mengakibatkan pertumbuhan anak pokok terbantut. Jika anak pokok diselamatkan secepat mungkin, pertumbuhan akan kembali normal dalam masa yang singkat.

3. Daun-daun layu dan kekuningan
Isu ini boleh timbul di mana-mana sahaja. Tetapi jika ia dihantar kepada anda dalam keadaan ini, jangan panik kerana ini adalah antara masalah yang paling kecil. Untuk setiap penghantaran, ada kemungkinan anak-anak pokok dimasukkan ke dalam lori sehari sebelum penghantaran. Keadaan yang panas, kekurangan air dan juga cahaya matahari menjadi faktor utama.



4. Serangan kulat dan serangga
Keadaan dan suasana yang biasa di tapak semaian adalah gelap, lembab dan berwap menjadikan ia habitat yang sesuai untuk pembiakan kulat dan serangga. Masalah ini boleh merebak dalam masa yang amat singkat. Disebabkan inilah mentaliti ‘anak pokok hutan’ harus ditinggalkan.

Dengan masalah sebegini, sudah menjadi kebiasaan akan terdapat anak pokok yang tidak dapat diselamatkan tetapi jumlahnya tidak akan lebih dari 5% walaupun penghantaran dan penjagaan membabitkan kuantiti yang besar.

Masalah-masalah di atas adalah yang biasa dihadapi bukan sahaja oleh pemilik tapak semaian, tetapi juga untuk penanam yang menyimpan anak pokok untuk sementara waktu sebelum di tanam. Jadilah pengusaha yang prihatin untuk mendapatkan kejayaan.

Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri



Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Maaf zahir dan batin


dari kami di


Agarwood AgroTech

Tuesday, September 1, 2009

Salam perayaan!

Salam Ramadhan 1430H


dan

selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-52!


...dari kami semua di Agarwood AgroTech

Friday, August 28, 2009

Musuh tanaman gaharu anda

Sememangnya pohon gaharu adalah sejenis spesis liar yang berasal dari hutan. Memang ia mempunyai daya ketahanan yang kuat tetapi ini tidak bermaksud anda boleh menjalankan penanaman menggunakan konsep 3T (Tanam, Tinggal, Tuai).

Pohon gaharu tidak mempunyai banyak musuh semulajadi, tetapi kadang kala ia datang dari persekitaran di mana spesis ini ditanam. Kerana inilah konsep 3T harus ditinggalkan.





Contoh pertama musuh pohon gaharu adalah ulat-ulat seperti gambar di atas. Ulat ini hidup berkumpulan dan ia makan daun-daun seperti buffet Ramadhan RM5. Jika kehadirannya tidak disedari, kerosakan boleh mengakibatkan pohon mati.






Masalah seperti di atas tidaklah memudaratkan sangat jika terjadi pada pokok yang besar di mana daun-daun terdapat dalam kuantiti yang banyak. Pohon yang kecil, malangnya, mungkin tidak akan selamat dari kemusnahan.

Gambar di bawah pula menunjukkan serangga dan larva yang biasa dijumpa pada pokok buah-buahan. Kumbang yang telah dewasa berwarna merah dan sebenarnya tidak mengganggu pohon dan tugasnya hanyalah untuk pembiakan. Larva yang berwarna putih adalah punca masalah sebenar.





Perosak ini boleh membiak di seluruh bahagian pokok menjadikan ia sukar untuk dibersihkan. Larva perosak ini menyerap nutrien dari daun-daun, meninggalkan ia kering, layu dan akhirnya gugur ke tanah. Ia biasa membiak di kawasan yang panas, lembab dan separa gelap.





Sebelum anda pergi ke kedai untuk mendapatkan Malathion, cubalah gunakan racun organik yang tidak meninggalkan kesan negatif pada pohon. Daun semambu atau neem dikenali sebagai bahan asas untuk membuat racun organik. Ia juga boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti cili, bawang putih dan sebagainya.

Sunday, August 23, 2009

Mengutip anak pokok liar

Sudah menjadi kebiasaan segelintir daripada penjual anak pokok untuk mengutip mereka yang tumbuh liar, lebih-lebih lagi pohon gaharu baru sahaja meluruhkan buah. Ini sangat menguntungkan bagi mereka kerana tiada kos yang dikeluarkan tetapi anak-anak pokok boleh dijual pada harga serendah RM5 dan juga setinggi RM15!



Ini tidak menimbulkan masalah jika anak-anak pokok ini (kebiasaannya A. Malaccensis atau lain-lain spesis tempatan) dikutip dengan cara yang betul. Masalahnya kebanyakan pengutip tidak mementingkan hal ini. Jika teknik yang digunakan tidak betul, ia boleh membuatkan anak pokok terbantut. Lebih memudaratkan pembeli lagi, pokok-pokok yang terbantut tidak menunjukkan apa-apa perbezaan dalam jangka masa pendek. Daunnya masih hijau dan segar, berdiri tegak TETAPI dalam jangka masa setahun ia tidak membesar. Pertumbuhan jangka masa panjang juga akan terganggu, menjadikan tanaman anda tidak sekata dan mungkin anda perlu menunggu lebih lama sebelum proses inokulasi dijalankan.

Sedangkan 7 tahun terasa lama...

Zeolite

Berhati-hati bila anda membeli baja Zeolite kerana sudah terdapat penjual barangan palsu. Zeolite asli akan larut di dalam air tanpa dikacau dan ia akan mendap tetapi tidak hancur seperti pasir atau tanah di dalam air.

Tapak semaian kami menggunakan baja ini untuk memulihkan anak-anak pokok yang kurang sihat dan juga untuk memastikan anak pokok yang anda beli dari kami adalah dalam keadaan yang terbaik. Pertumbuhan anak pokok juga berbeza jika dibandingkan dengan penggunaan baja lain.

Kami tidak melarang penggunaan baja organik lain contohnya seperti baja kompos (tahi kambing, lembu dan lain-lain) cuma jika baja ditabur terlalu banyak/kerap dan terlalu dekat dengan pokok ia boleh memberikan kesan-kesan negatif seperti daun kekuningan dan batang pokok yang lembut kerana baja-baja kompos adalah hangat.

Penggunaan bulanan secara selang-seli baja kompos dan zeolite boleh memberikan kesan yang amat positif.

Untuk tanah, baja Zeolite digunakan untuk menstabilkan semula tanah, mengembalikan pH ke tahap neutral, menjadikan ia habitat sesuai untuk cacing dan untuk pokok pula ia menggalakkan pertumbuhan yang efisien.

Baja kompos pula bukan sahaja memberi nutrien pada tanah malah ia menjadi makanan untuk cacing yang sudah mula membiak. Tahi cacing adalah baja percuma untuk pokok-pokok anda manakala kewujudan cacing di tanah akan melonggarkan tanah yang padat, memberi ruang untuk pertumbuhan akar dan juga 'pernafasan' tanah.

Selain dari itu, zeolite digunakan sebagai baja tambahan untuk tanaman yang memerlukan Potassium (K) yang tinggi seperti cili.

TAHUKAH ANDA BAHAWA ZEOLITE BUKAN SAHAJA SESUAI UNTUK PELBAGAI JENIS TANAMAN, MALAH IA JUGA DIGUNAKAN UNTUK MINUMAN BINATANG TERNAKAN DAN JUGA DI DALAM KOLAM AKUAKULTUR?

Penggunaan baja organik

Kebanyakan penanam di Malaysia masih lagi menggunakan baja NPK (15+15+15 dan sebagainya) untuk bermacam jenis tanaman di kebun mereka. Sememangnya penggunaan baja kimia seperti NPK boleh menunjukkan kesan samada pada kadar pertumbuhan atau pun pada hasil yang dikeluarkan.

TAHUKAH MEREKA TENTANG KESAN NEGATIF JANGKA MASA PANJANG PADA TANAH DAN JUGA POKOK?

Tidak dinafikan kelapa sawit menunjukkan hasil yang memberangsangkan dengan penggunaan baja kimia. Apa yang tidak kelihatan adalah ia menurunkan nilai hasil apabila penggunaan diberhentikan. Ini terbukti dengan kelapa sawit dan juga pokok-pokok lain. Faktor utama adalah kerana pokok seakan-akan ketagih pada baja kimia ini dan juga kerana kerosakan yang berlaku pada tanah. Penggunaan baja kimia yang berpanjangan menyebabkan kegersangan tanah.







Baja organik seperti baja gunung berapi atau Zeolite memberi kesan yang berbeza. Ia adalah sama seperti NPK kecuali ia organik, lebih murah dan lebih elok dari NPK. Cubaan dan pemantauan menunjukkan 30% lebih pertumbuhan dan juga hasil. Selain dari itu ia efektif dalam memulihkan tanah yang gersang atau kehilangan nutrien dengan cara menstabilkan semula tanah, menjadikan ia sesuai menjadi habitat cacing merangkap baja semulajadi anda (percuma!).

Sedangkan MPOB telah bermula menggunakan baja Zeolite, anda bila lagi?

Selain dari baja, penggunaan racun juga boleh memberi kesan negatif pada penanaman anda. Lebih-lebih lagi jika hasil dari penanaman gaharu anda menunjukkan sisa bahan kimia. Jika setakat dijadikan minyak wangi, mungkin boleh diterima lagi. Walaubagaimanapun penggunaan gaharu tidak terhad pada industri wangi-wangian. Industri perubatan yang jauh lebih besar meletakkan nilai yang lebih tinggi pada hasil gaharu berkemungkinan besar tidak akan menerima walau setitik minyak gaharu yang mengandungi bahan kimia atau racun.