Sunday, August 23, 2009

Mengutip anak pokok liar

Sudah menjadi kebiasaan segelintir daripada penjual anak pokok untuk mengutip mereka yang tumbuh liar, lebih-lebih lagi pohon gaharu baru sahaja meluruhkan buah. Ini sangat menguntungkan bagi mereka kerana tiada kos yang dikeluarkan tetapi anak-anak pokok boleh dijual pada harga serendah RM5 dan juga setinggi RM15!



Ini tidak menimbulkan masalah jika anak-anak pokok ini (kebiasaannya A. Malaccensis atau lain-lain spesis tempatan) dikutip dengan cara yang betul. Masalahnya kebanyakan pengutip tidak mementingkan hal ini. Jika teknik yang digunakan tidak betul, ia boleh membuatkan anak pokok terbantut. Lebih memudaratkan pembeli lagi, pokok-pokok yang terbantut tidak menunjukkan apa-apa perbezaan dalam jangka masa pendek. Daunnya masih hijau dan segar, berdiri tegak TETAPI dalam jangka masa setahun ia tidak membesar. Pertumbuhan jangka masa panjang juga akan terganggu, menjadikan tanaman anda tidak sekata dan mungkin anda perlu menunggu lebih lama sebelum proses inokulasi dijalankan.

Sedangkan 7 tahun terasa lama...

No comments:

Post a Comment