Friday, August 28, 2009

Musuh tanaman gaharu anda

Sememangnya pohon gaharu adalah sejenis spesis liar yang berasal dari hutan. Memang ia mempunyai daya ketahanan yang kuat tetapi ini tidak bermaksud anda boleh menjalankan penanaman menggunakan konsep 3T (Tanam, Tinggal, Tuai).

Pohon gaharu tidak mempunyai banyak musuh semulajadi, tetapi kadang kala ia datang dari persekitaran di mana spesis ini ditanam. Kerana inilah konsep 3T harus ditinggalkan.





Contoh pertama musuh pohon gaharu adalah ulat-ulat seperti gambar di atas. Ulat ini hidup berkumpulan dan ia makan daun-daun seperti buffet Ramadhan RM5. Jika kehadirannya tidak disedari, kerosakan boleh mengakibatkan pohon mati.






Masalah seperti di atas tidaklah memudaratkan sangat jika terjadi pada pokok yang besar di mana daun-daun terdapat dalam kuantiti yang banyak. Pohon yang kecil, malangnya, mungkin tidak akan selamat dari kemusnahan.

Gambar di bawah pula menunjukkan serangga dan larva yang biasa dijumpa pada pokok buah-buahan. Kumbang yang telah dewasa berwarna merah dan sebenarnya tidak mengganggu pohon dan tugasnya hanyalah untuk pembiakan. Larva yang berwarna putih adalah punca masalah sebenar.





Perosak ini boleh membiak di seluruh bahagian pokok menjadikan ia sukar untuk dibersihkan. Larva perosak ini menyerap nutrien dari daun-daun, meninggalkan ia kering, layu dan akhirnya gugur ke tanah. Ia biasa membiak di kawasan yang panas, lembab dan separa gelap.





Sebelum anda pergi ke kedai untuk mendapatkan Malathion, cubalah gunakan racun organik yang tidak meninggalkan kesan negatif pada pohon. Daun semambu atau neem dikenali sebagai bahan asas untuk membuat racun organik. Ia juga boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti cili, bawang putih dan sebagainya.

2 comments:

  1. binatang seperti kambing dan lembu makan ke daunnya?

    ReplyDelete
  2. Binatang ternakan kebiasaannya akan mencuba untuk makan tetapi lepas pertama kali, ia sudah tahu kepahitan daun gaharu, ia tidak mengganggu tanaman lagi. Gangguan dari binatang lebih kepada anak pokok patah, dipijak, dilanggar, dicabut dan sebagainya.

    ReplyDelete